Ketibaan Aidiladha mengingatkan kita kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab yang mengungkapkan bahawa;"Sesungguhnya al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir al-Quran pula, ialah pada bulan Zulhijjah, ketika Rasulullah s.a.w menunaikan ibadah haji yang terakhir (haji wada'), maka ia disambut dengan Aidiladha."
masa hanya tak sampai 30 minit untuk seekor lembu
Yang paling menarik di sepanjang program sembelihan korban ini selain diadakan secara bergotong-royong, kerja yang paling rumit selepas selesai sembelih ialah melapah. Tugasan ini selalunya diambil oleh mereka yang biasa dengan melapah. Melapah lembu amat sukar untuk dilakukan sekiranya seseorang itu tidak biasa dengan kerja-kerja ini.
Kami cuba mendekati En. Hasbullah Bin Din yang berpengalaman dengan kerja melapah lembu. Dari cara beliau bermain dengan pisau kami memahami beliau seorang yang mahir. Beliau bersama rakannya Abdul Rahman bin Kassim serta dibantu oleh Mohd Rudhwan bin Abdul Rahman hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit bagi menghabiskan kerja melapah untuk seekor lembu.
Beliau dikenali dengan PakNdak Dee, yang ditemui di program Korban anjuran PKWR Kubang Rotan turut memberitahu telah memulakan kerja melapah ini seawal usia 20-an lagi. Pengalaman beliau sudah pun melangkaui 40 tahun. Sebanyak 41 ekor lembu dikorbankan pada program ini yang melibatkan lebih 15 orang petugas yang terlibat kerja-kerja melapah.
Ust. Abd. Aziz turut mengagihkan daging-daging yang siap dibungkus.
Diantara 600 penerima agihan daging korban pada hari pertama. Kampong Kubang Rotan, Kubang Rotan Hilir, Kubang Rotan Tengah, Kubang Panggas dan Keluncur antara kampong yang terlibat pada hari ini.
Apa yang menarik di sini, Setiausaha Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Ir Nawawi Ahmad dipetik sebagai berkata Slogan ini mampu menyuntik semangat baru dalam kalangan ahli bekerja lebih kuat di semua peringkat. Soalnya di sini, apa sahaja gerakerja yang dibuat hanyalah tertumpu ke arah untuk menghidupkan kembali jentera dan akar umbi serta menyatukan kembali ruang perpecahan yang timbul berpunca dari perebutan jawatan di semua peringkat. Itulah sebabnya focus utama mereka mengembalikan semangat baru bekerja memenangkan kembali BN di Kedah.
BN hilang majority dua pertiga di DUN Kedah pada pilihanraya lepas dan terpaksa akur dengan keputusan rakyat, undi rakyat dan suara rakyat. Inilah hakikat yang perlu diterima oleh Umno / BN di Kedah khususnya.
Pada Majlis Gerak Mesra 1Malaysia slogan ini dilancarkan di Yan oleh TPM, TS Muhyiddin Yassin, Nawawi mahu BN kembali memerintah agar dapat menjaga satu kesinambungan pembangunan antara Kerajaan Negeri dan Pusat.
Apa yang dapat dilihat di sini sudah ada kesinambungan dari sudut projek pembangunan khususnya untuk kesejahteraan rakyat. Sekarang ini kita lihat banyak peruntukkan yang disalurkan dari kerajaan Pusat ke negeri pun melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Banyak lagi dana disalurkan ke jabatan-jabatan lain di bawah Persekutuan sehinggakan tidak mengambil peduli siapa yang memerintah negeri ini.
Nawawi juga turut mengakui Umno kita sedang menggunakan ruang ini untuk kembali memperjelaskan perjuangan parti bagi memastikan matlamat tercapai selain dapat memenangi semula hati rakyat.
Ini memang kita percaya, Umno kita kembali turun ke grass root bagi meraih undi simpati serta cuba menghasut fikiran rakyat setelah perjuangan selama lebih setengah abad ini ditolak rakyat. Berbagai tohmahan dibuat dengan tujuan memburuk-burukan kerajaan PR. Takkan memerintah setelah sekian lama, kini mereka terpaksa sekali lagi cuba memperjelaskan perjuangan mereka? Apakah perjuangan mereka sebelum ini tiada matlamat? Apakah agenda sebenar mereka memang jelas memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair?
ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa ketika dihubungi untuk respon mengenai slogan baru ini berkata, “Ini menunjukkan satu slogan yang mengesahkan keangkuhan BN kerana maksud kepada slogan ini ialah pemerintahan Pusat dan Negeri di bawah parti yang sama” ini menunjukkan BN sudah tiada idea baru selain dari mahukan kembali Kedah ini dan pada masa yang sama mahu kekalkan kuasa di kerajaan Pusat. Kiranya rakyat Kedah akan senang apabila parti mereka memerintah Pusat dan Negeri.
“Apabila isu-isu rasuah, kepentingan rakyat, pendidikan, nelayan, isu pekerja, lain-lain perkhidmatan BN mula bercakap apabila mereka hilang kuasa kerana tujuan mereka hanyalah untuk memancing semula undi” tambah beliau.
“Saya berharap agar rakyat bersabar dan terus yakin kejayaan yang sebenar akan terus dicapai apabila mempunyai pemimpin yang ikhlas, jujur, bersih dan bijaksana” jelas YB Nasir mengakhiri responnya terhadap slogan Umno Kedah ini.
Kami juga sempat meminta ulasan YB Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Kedah mengenai perkara ini. Beliau melihat slogan ini biasa dan tak lebih dari usaha untuk pancing undi rakyat supaya kembali menyokong Umno BN pada PRU 13 nanti. Menurut beliau dari segi logik apabila ada kerajaan negeri baru yang tidak diperintah oleh BN, ada saja usaha yang digunakan mereka untuk bersaing memberi khidmat kepada rakyat yang sepatutnya rakyat negeri Kedah dah senang lama dah di bawah BN dahulu. BN akan terus berusaha menjadikan rakyat sebagai agenda utama mereka memulihkan keadaan yang cukup parah dalam parti mereka sekarang.
Ustaz Azizan yang sedang berucap tergamam seketika menghadapi situasi ini dan memohon pandangan dari Penasihat Undang-undang Negeri. Bagimanapun keadaan reda apabila Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) bangun memberikan penjelasan. Menurutnya, perkara tersebut dibenarkan sepertimana yang termaktub dalam buku undang-undang perjalanan dewan."Perkara 3 dalam mukasurat 5 menyatakan Speaker boleh membenarkan mana-mana ahli dewan untuk menggantikan tempat beliau sementara," jelas beliau. Mohd Nasir yang dihubungi kemudian menjelaskan bahawa Dr Abdul Isa selaku Spekaer merupakan seorang yang teliti dalam membuat sesuatu tindakan. "Beliau bukanlah seorang yang semberono apabila bertindak. Apa yang dibuatnya teliti mengikut peraturan yang ada. Ini sekaligus menidakkan dakwaan sesetengah bahawa dia bertindak zalim khususnya dalam membuat keputusan berkaitan kerusi Dun Kota Siputeh," katanya
Kupon-kupon agihan daging korban telah diedarkan kepada ketua-ketua kampong untuk tindakkan selanjutnya. Kurang lebih 600 bungkusan daging akan diagihkan pada hari raya pertama bertempat di Madrasah As-Sabiyyan Kg Pondok, Kbg Rotan dan lebih 2300 bungkusan lagi akan diagihkan pada hari raya ke dua di Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah.
Semuga ibadah korban ini berjaya mencapai matlamat penghambaan kita kepada Allah. Penyembelihan dan darah yang mengalir sebagai bukti ubudiyyah kita kepadaNya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Keputusan PRU 12
Jumlah Pengundi: 20,281
1. Datuk Abu Hassan Sarif (BN) (8,160)
Majoriti: 495
Penyandang: Abu Hasan Sarif (BN)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Beliau yang dihubungi berkata, resolusi semalam meletakkan PAS lebih fokus merancang plan tindakan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.“Itu semestinya seperti resolusi terakhir seminar, (iaitu) merumuskan suatu plan tindakan untuk hadapi PRU13, mengekalkan sokongan (pengundi) Melayu-Islam dan melebarkan tapak sokongan yang merentas garis kaum, agama dan budaya…dengan erti kata lainnya (adalah) menjelaskan maksud dan erti PAS Untuk Semua.” tegasnya.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjelaskan bahawa PAS perlu segera mempersiapkan suatu pelan kemenangan untuk dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember depan, sekiranya serius mahu merealisasikan resolusi seminar tersebut.“Sebelum Konvensyen PR akan datang ini, saya mengharapkan ketika itu sudah ada satu lakaran agenda bertindak dari PAS jika serius dengan resolusi ini (seminar),” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.Ujarnya lagi, pelan tersebut perlulah mengambil kira semangat bersama DAP dan PKR, yang merupakan anggota parti dalam PR.“Jadi, kita tidak boleh lagi menekankan apa jua idea (kepentingan) kita saja. Kita perlu buat persiapan mental, bagaimana PAS boleh mengukuhkan Pakatan secara bersama (dengan PKR dan DAP),” ujarnya lagi.Beliau juga menggesa kepimpinan PAS disemua peringkat serius melaksanakan resolusi tersebut,supaya betul betul mampu memperkukuh parti itu.“Resolusi ini akan gagal sekiranya (PAS) tinggalkan resolusi dalam lipatan seminar… tidak ada usaha serius melaksanakan kesemua resolusi bersama secara teratur,” jelasnya.Nasihatnya lagi, peserta seminar pula tidak perlu lagi memanjangkan emosi salah apabila pihak luar mengkritik idea Kerajaan Perpaduan yang mahu dilaksanakan PAS sebelum ini.“Ada mendakwa presiden kita (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) mahu masuk Umno, sedangkan peserta tidak mendakwa begitu…rakyat sebenarnya tidak mahu parti (PAS) diheret pada Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Sebab itu, isu Kerajaan Perpaduan perlu diperjelas secara inteletual, bukan emosi,” tegasnya.“PAS sepatutnya ke arah sistem dua parti dengan memperkukuhkan Pakatan…soal-olah mengelirukan garis perbezaan antara (idea) Kerajaan Perpaduan dengan (sistem) dua parti itu (PR dan Barisan Nasional) perlu diperjelaskan.”Sebaliknya, PAS perlu menganggap segala kritikan oleh Pakar Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (gambar) dan Pengasan Pengajian Masa Depan dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah sebagai sesuatu yang berniat baik untuk servival politik PAS kelak.“Bagi saya, mereka berdua (Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah) adalah gandingan yang cukup cantik untuk membantu PAS. Walau mereka bukan ahli PAS…saya lihat segala kritikan mereka sebenarnya berniat baik untuk melihat PAS terus dipersada politik nasional,” jelasnya“Dr. Aziz sendiri kata di Malaysia ini tidak ada parti Islam untuk umat Melayu jadikan wadah kecuali PAS. Maknanya, kritikannya mahu lihat PAS lebih baik dari apa yang ada sekarang.”“Dr. Abu Hassan juga begitu. Dia minta PAS jangan berfikiran primitif dengan mengetepikan persepsi umum rakyat kerana ini (persepsi) adalah soal mandat dan kepercayaan rakyat.”Beliau turut mengkritik segelintir peserta seminar yang membalas kritikan kedua-dua panelis jemputan tersebut secara emosional, semalam.“Jadi, tidak perlulah dicabar-cabar secara emosi (agar) kedua-dua ahli akademik itu turun padang menjadi ahli politik kerana analisis dan memberikan perspektif adalah kegiatan mereka…kalau berjumpa doktor, janganlah dimarah pula ( (atau) dipertikai bila Doktor beritahu kita (bahawa) ada (mengidap) kencing manis,” ujarnya.Selain memperkatakan soal Pelan Kemenangan PR, Resolusi seminar semalam turut menyentuh soal memperkukuh semangat setiakawan bersama dalam kalangan pemimpin PR di peringkat Kawasan dengan Kerajaan Negeri PR.Resolusi seminar tersebut juga menjelaskan bahawa PAS bertegas menutup sepenuhnya pintu rundingan bersama Umno melalui idea Kerajaan Perpaduan, serta akan turun padang menjelaskan komitmen tersebut di setiap peringkat secepat mungkin.Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang lain Datuk Husam Musa beberapa hari lepas turut mencadangkan suatu Pelan Kemenangan PRU13 dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember depan.Cadangan itu, demi mengeluarkan PAS dari kemelut Kerajaan Perpaduan, di samping berusaha memperkukuh PR.Seminar semalam merupakan keputusan susulan menggantikan Muktamar Agong PAS (EGM), sebagaimana yang dinasihatkan oleh Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat demi menyingkirkan beberapa individu yang dianggapnya bermasalah pada PAS dan PR.Dengan resolusi seminar semalam, banyak pihak beranggapan persepsi rakyat terhadap iltizam politik PAS kembali fokus bersama PR.Sekali gus, ianya menyekat usaha Umno seperti sebelum ini yang mahu memecahbelahkan muafakat parti-parti dalam PR sebelum menjelangnya PRU13 kelak. -END
Labels: harakahdaily
Malaysia sekali lagi gempar apabila Bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) ditahan ketika sedang memberi kuliah di sebuah kediaman milik persendirian di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor.
Seramai 35 anggota JAIS datang ke premis tersebut dengan diiringi lebih 25 orang anggota polis.
Namun, seramai 50 orang jemaah dari 300 yang berada di banglo itu bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr. Maza ditahan.
Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa penahanan Dr Maza. Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras menjawab, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."
Berikut sms tersebut...
"Pemimpin PR tertipu dan jadi pening dengan tangkapan Dr. Mohd Asri. Berjaya lagi tornado BN untuk memusnahkan kerajaan PR Selangor. Wahai orang-orang PAS, jangan keliru membela Dr. Asri tanpa usul periksa. JAIS tu agensi kerajaan PR Selangor"
sms kedua yg diterima
"Kempen pertahan JAIS dan Kerajaan PR Selangor. Jangan Sesekali bagi kredit kepada Dr. Asri dan sekutunya Umno".
Kepada semua pengunjung setia blog ini. apa pendangan anda, apa komen anda, apa pendapat anda, Kita kongsikan bersama.....
posted by admin