100 Orang Di Masjid Lama

Sebagaimana biasa, program mengintai Lailatul Qadar diteruskan lagi. Rombongan ADUN Kubang Rotan bersama AJK PKWR, MKK berqiamullail di Masjid Tengku Ahmad Tajudin (Ahad-13/09/09), Kuala Kedah. Alhamdulillah, setakat ini penyertaan penduduk dan jemaah sekitar masjid-masjid terpilih amatlah membanggakan.
Masjid ini yang dikenali dengan Masjid Lama Kuala Kedah ini berjaya menghimpunkan seramai 100 orang jemaah. Tazkirah ringkas dari YB Mohd Nasir juga menyentuh mengenai peluang keemasan yang diberikan ini perlu direbut sebaik mungkin dengan penuh rasa keinginan yang teramat akan janji-janji Allah ke atas hambaNya yang bermunajat, bertahajjud di 10 malam yang terkahir Ramadhan.
Jadi pada malam ini sebagaimana biasa kita semua pastikan supaya dapat Check-In di Masjid Nagore, Pekan Kuala Kedah pada 12.00 tghmalam dan Check-Out keesokkannya selepas selesai solat Subuh berjemaah dan Tazkirah Subuh jam 6.30 pagi.
Semoga berbaki 6 malam lagi marilah kita sambut tawaran Allah SWT untuk berdagang denganNya. Berdaganglah denganNya dengan perdagangan yang menguntungkan! Semuga kita beroleh ketakwaan. Sesungguhnya puasa berpontensi membina ketaqwaan guna menjauhkan diri dari godaan syahwat dan hawa nafsu, sementara solat adalah jalan rohani yang dapat mencegah manusia berbuat keji dan mungkar....

Posted by Admin...

0 comments: