YB Nasir cedera!!!

Pada hari Jumaat, 28 Ogos 09 lalu YB Nasir, Mat Wira dan Razak Osman bertolak ke KL. Mereka bertiga ke sana dengan pick-up Razak untuk membawa balik apa-apa sahaja sumbangan bagi diagihkan kepada fakir miskin di dalam DUN Kbg. Rotan. Lebih kurang jam 10 pagi 29 Ogos saya mendapat panggilan dari YB. Dari perbualan awal YB saya dapat merasakan beliau cukup gembira apabila hasratnya mendapatkan buah kurma untuk diagihkan kepada 6,000 penduduk/rakyat di DUN tercapai. Saya difahamkan oleh beliau sumbangan terbanyak adalah datangnya dari Bang Mat Sabu. Terima kasih Bang Mat... Kiranya YB bagitau pick-up dah tak boleh bawa dan perlukan lori untuk bawa balik barang-barang tersebut.
Sabtu, 29 Ogos jam 11.25 mlm saya hubungi Mat Wira yang ketika itu dah nak bertolak balik ke Kedah bersama lori yang ditumpangkan segala hasil yang diperolehi setelah sehari suntuk mereka di KL. Selepas itu saya tidak berhubung sesiapa pun antara mereka bertiga.
Lebih kurang jam 4.00 ptg pada Hari Ahad 30 Ogos saya hubungi YB Nasir bertujuan berjumpa bagi membincangkan sikit hal. YB Nasir beritahu "sekarang ana ada di rumah Aziz di Tambak Bunga mai hantar kurma." Saya jawab "OK, kita jumpa nanti sebab nak bincang Kad Raya, Handbill Majlis Berbuka Puasa dan sebagainya." YB terus jawab dia pedih mata nanti jumpa lain.
Saya ingat biasa la 'pedih mata tu' sebab baru balik dari KL, tidur pun tak cukup. Agaknya sepanjang perjalanan, dok fikir perbelanjaan membiayai program PKWR Kbg Rotan sepanjang Ramadhan. Banyak sampai cecah RM53 ribu. Kemudian dari pejabat saya terus ke Pejabat PKWR untuk berjumpa YB. Bila sampai di bawah, belum turun kereta saya nampak Ah Kang (Wakil Peribadi Kaum Thionghua DUN) bawa beg laptop, Beg kertas menuju ke motorsikalnya. Beliau bagitau nak ke Hospital, YB masuk hospital, ni komputer dan baju YB." Saya terkejut lantas bertanya beliau, "Sakit apa?, Bila?," Sedang dok sembang dengan Ah Kang, Razak Sentu mai. Saya ajak pi ngan kereta dan kami bertiga ke Hospital Pakar KMC untuk menemui YB.
Sepanjang perjalanan ke KMC barulah saya tahu punca YB dimasukkan ke KMC. Senang cakap ayat Kedah ni... Mata YB terbidas kena pencakok canvas pick-up Razak. Kurma yang dikirim dengan lori diletakkan di sebuah kilang kat mergong. YB pergi ambik dengan Razak. Dok kalut tutup canvas takut kurma kena hujan, salah satu pencakok yang baru disangkutkan terbidas kena mata kanan beliau. Kesian kat YB bila saya dengar cerita tu..
4.45 petang kami sampai KMC berjumpa dengan Mat Hj Saleh dan Razak Osman kat bawah. Kata mereka YB ada di tingkat 2. Kami terus ke atas menemui YB, tempat ini agak kurang bagi kami sebab jarang ke sana. akhirnya jumpa YB di depan Klinik Pakar Mata. Mata kanan dah tutup, cakapnya mesra macam biasa tapi perlahan agaknya menahan kesakitan. YB pun dimasukkan ke Wad.

Ah Kang bersama YB ketika di Wad

Keadaan mata yang dirawat doktor

Pedih mata yang YB bagitau saya tu bukan sangkaan saya bahawa dia mengantuk. YB discharge dari KMC tengahari kelmarin, 31 Ogos. Dok ingat boleh balik rehat kat umah kut.

YB ngan Mat Wira terus pi ke pusat edaran kanji ADUN di Perkarangan Taman Sri Idaman, Bt. 6, Jalan Kuala Kedah. Kemudian selepas solat asar ke Masjid Nurul Ehsan Kbg Rotan. Majlis sumbangan Wang Zakat kepada seramai 84 orang fakir miskin. Selepas itu ke Bazaar Ramadhan Simpang Empat Mergong (Radin) bersama YB Dato' Amiruddin yang sedang edar kanji ADUN Anak Bukit di sana. Balik Rumah tukar pakaian dan bergegas ke Masjid Kubang Rotan sekali lagi bersama jemaah di sana dalam Majlis Berbuka Puasa. Pukul 11.30 malam mesyuarat persiapan Majlis Berbuka Puasa PKWR bersama seribu hadirin di Taman Sri Abadi, bersama dengan MKK sekitar taman tersebut. Jam 1.00 pagi bincang persiapan sumbangan fakir miskin seramai 400 orang mengikut pecahan cawangan dalam DUN di bawah seliaan MKK. Demi tugas sebagai Wakil Rakyat, demi amanah yang dipikul dan demi perjuangan yang didokongi beliau memang cekal menghadapi semua dugaan ini.

Perbelanjaan Majlis Berbuka hampir RM6,000 dah ada yang sanggup beri sumbangan membiayainya. Beras untuk 400 fakir miskin dah ada orang kaya bagi. PKWR perlukan 400 botol minuman. Sms tanya berapa harga, jawapan dari sms "tak perlu bayar, free" Alhamdulillah. Ayam diperlukan 50 ekor untuk kaum Thionghua pun dah ada penyumbang. Sahabat kita seorang kontrakor berjaya sebut kepada YB semalam. YB buatlah apa sahaja kebajikan untuk rakyat walau kita berabis demi perjuangan, InsyaAllah ini janji Tuhan... Rezeki tetap akan datang dari sudut mana sekalipun. Beliau bercakap atas pengalaman beliau ketika membina bangunan sekolah rendah islam milik keluarganya.

Ada juga sahabat, apa tips, kaedah yang YB Nasir gunakan dalam mendapatkan sumbangan dari untuk diagihkan kepada rakyat. Saya pun kata. "Sebenarnya rekod kerja dia, komitmen dan kesungguhan yang orang lain melihat beliau komited dengan perjuangan dan tugasnya telah memberi keyakinan kepada orang untuk membantu beliau,"

Tapi cerita-cerita di atas adalah komitmen dari sahabat yang prihatin dalam membantu beliau di sepanjang tugas. Tapi banyak lagi yang diperlukan untuk membiayai program yang sedang menanti hingga ke penghujung ramadhan. Bantu-membantulah sesama kita, Ramadhan ini peluang untuk kita melakukan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Syabas YB... Selamat Bertugas dengan penuh amanah.

1 comments:

Anonymous said...

tumpang bersedih atas kejadian yang menimpa YB..