Hampir 6 hari peniaga di pasar besar Alor Setar menghadapi gangguan bekalan air. Pastinya masalah ini memberi kesan kepada perniagaan mereka. Saya mula mendapat aduan dari peniaga santan, semasa saya berada di pejabat malam (restoran Imran) 5 hari lepas. Langkah pertama saya beri nombor telepon seorang Ahli Majlis MBAS untuk mereka buat aduan. Hari jumaat masalah ini belum selesai, saya terus hubungi En Mohd Yusri (SU MBAS) untuk memaklumkan perkara ini.
Terima kasih walaupun bercuti beliu melayan panggilan saya dengan layanan yang sangat mesra. Hari sabtu tindakkan menghantar bekalan air sementara telah diambil. Sebelah petang En The menghubungi saya memaklumkan SU MBAS akan turun membuat lawatan ke Pasar Besar hari ini.
Alhamdulillah mengikut laporan yang diberi oleh En Nayan Jurutera MBAS semua masalah sistem air di situ sudah dapat diatasi. Dalam perbincangan semasa tinjaun ke pasar tadi didapati masalah pam dan tekanan air menjadi punca. Perbicangan juga melihat aspek penyeliaan pasar tersebut perlu dipercekapkan.
Saya sendiri juga berharap agar semua peniaga dapat mengujudkan sebuah persatuan yang menglibatkan semua peniaga dari semua jenis perniagaan di pasar ini termasuk pasaraya billion. Semuga dengan adanya persatuan ini akan dapat mempercekapkan pengurusan pasar bersama-sama dengan MBAS. Sama-sama kita majukan pasar besar Alor Setar sampai mampu bersaing dan menjadi tarikan pengguna dan pelancung.#
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment