Alhamdulillah masalah sampah sepanjang sambutan aidil fitri sudah berkurangan. Kaitan masalah penswastaan kutipan sampah antara alasan terbesar kenapa masalah sampah ini terus berlarutan. Bulan lepas difahamkan syarikat E Idaman akan mengambilalih sepenuhnya kerja-kerja sampah, parit dan rumput pada 1 sept. 09. Isu pekerja yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya untuk berpindah ke syarikat berkenaan menjadi alasan kenapa penswastaan gagal pada 1sept. 09. Terbaru MB umum insyaallah bulan november 09 masalah sampah akan selesai sepenuhnya.
Isu sekarang setiap hari sampah dihasilkan, setiap kali hujan banjir kilat berlaku dan setiap hari rumput makin panjang. Mungkin pengambilalihan kerja-kerja ini oleh E Idaman adalah penyelesaian terbesar. Bagaimanapun berdasar apa yang telah berlaku kemungkinan kegagalan tetap ada.
Cabaran untuk memastikan kesejahteraan rakyat menikmati keselesaan hidup mesti kita galas dengan baik dan bersungguh-sungguh. Alternatif penyeselaian masalah ini mesti segera dirangka dan dilaksanakan sementara penswastaan ini berjaya. Program yang melibatkan pihak swasta, kerajaan pusat, kerajaan tempatan dan kerajaan negeri ini tidak boleh dibiarkan menganggu kehidupan rakyat. Saya bimbang bila tiba november E Idaman belum dapat menjalankan kerjanya atau kerja yang dilakukan tidak dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu suatu alternatif yang berkesan mesti segera dilaksanakan agar semua pihak yang diamanahkan dapat memendekkan masalah sampah parit dan rumput ini. Semuga Allah memberi kita pertunjuk dan kemampuan untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang berpanjangan ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment