1. Ini baru betul kena tumbuk bukan macam siazeez tu...minta pemuda pas jangan berlengah...bawa pihak yg bertanggungjawab ke muka pengaduilan dengan segera. - teropong jauh.


2. sungguh biadap dan kurang ajar orang yang melakukan angkara ini.. semoga Allah memberi balasan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.. ingatlah wahai pemimpin dan penyokong UMNO, doa orang teraniaya selalu akan dimakbulkan Allah.- Hunt, Segambut.

3.Minta PM dan TPM jawab kes ini. Panggil TV3 buat ulasan dan berita terkini. Mereka ni selalu lapor berita yang paslu dan menghebohkan seakan berita benar dan tepat. Menegakkan benda yang salah. -Aziz Ahmad.

4.Inilah hasil budaya Menteri Dalam Negeri yang menghunus keris semasa menjadi Ketua Pemuda Umno, Maka oleh kerana Mentri Dalam Negeri dah menjadi menteri Keselamatan Dalam Negeri maka sistem pembelajaran budaya sudah mampu dilakukan kerana semasa dia bukan menteri dalam negeri dia sanggup menghunus keris,Pemuda yang taksub dengan budaya itu mempraktikkannya samaada terikut ikut atau membuktikan kenyataan "langkah mayat Pemuda Umno dahulu" nak dibuktikan di Batang Pinang. Dalam kes ini Ketua Polis Negara sepatutnya segera turun padang,Perdana Menteri Satu Malaysia perlu segera turun padang bagi membuktikan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Rakyat dah pun kena TETAK (didahulukan-undang-undang buang belakang) dan Kecederaan ,pendarahan (pencapaian utama) dah terbukti. -shah.

5.UMNO BN mmg sangat kurang ajar, saya berada disana sejak khamis sebelum penamaan calon dan pulang semula ke kl pada hari selasa bg membantu jentera PAS, apa yg menyedihkan sy apabila sy lalu di hadapan rumah UMNO Rembau dlm keadaan cermin kereta terbuka sy diludah oleh pemuda UMNO Laknatullah. -shahriful.

6. Cabar pihak media terutamanya RTM dan TV3 menyiarkan berita ini sekiranya RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (1 MALAYSIA). Sekiranya pihak media, polis dan kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan, bermakna mereka perlu menukar cogankata tersebut menjadi RAKYAT BN DIUTAMANKAN, RAKYAT LAIN DIPINGGIRKAN. - pas perlis

7.Dimana perginya POLIS & POLIS SIMPANAN(FRU)?emungkinan bersekongkol kot..Elaun lebih masa tibai kerja tuang. - Azlan.

8.Ini ke semangat 1 Malaysia yg sering dilaungkan.Malulah woi.... Apa diorg ingat ni negara mafia ke?Suka2 nak parang kepala org..Ini sudah lebeh.. Ayuh semua pemuda turun ke N9..Support rakan2 kita di sana. M. Faizal

9. Uishh... dahsyat ni.... nampak sangat dorang terdesak nak menang!! Walaupun Isa tu kononnya calon popular ,tapi dorang takut akan gelombang kebangkitan rakyat menentang parti bodoh sombong yang mengangkat pemimpin mereka yang telah mereka tolak sendiri sebelumnya. -Adry.

10. Kebenaran sentiasa dicemburui. Ini kerana yang duduk bersekongkol dengan syaitan memang tak senang melihat kebenaran terserlah. Bertindak sedemikian kan umpama tindakan ammarah syaitan?!!! Teruskan perjuangan, memang kita nak perjuangkan yang hak akan melalui berbagai rintangan. Takbir!!! -S. Dinn.

11. Polis trafik duk ronda sana sini.. siang boleh dikatakan setiap simpang lampu isyarat dari lukut hingga ke tlk kemang ada polis trafik.. peronda duk meronda nampak 3 atau 4 buah sekali jalan... pelik jugak nooo... benda ni boleh berlaku. - Ayahcu.

12. nak harap pihak keselamatan nak jaga keselamatan boleh harap ke jadi kena la lebih waspada orang - orang yang buat keja jahat ni memang hati & perut tak dak kalau ada pun busuk. Penguatkuasa lena aka tak buat kerja memang kita dah tau duit gaji buta simpan untuk pi HAJI makan hari - hari korang pikir le sendri mana depa cari.- angahnya.

13.Bukankah Menteri Dalam Negeri dah ckp... polis tak perlu ramai di Bagan Pinang.... sbb senanglah para samseng BN bertindak sewenang2nya... itu pon tadak paham kaa? - rosli rani.

14. Makin menjadi-jadi mereka itu. Sahabat-sahabat semua, jangan lupa teruskan perjuangan kita dan jangan tinggalkan benteng kekuatan kita iaitu DOA.. innallaha wani`eq malwaqiel. -Atriza.

15. Biasa la puak-puak UMNO ni.. bila dah terdesak, macam-macam diorang lakukan.. walaupun perbuatan itu melampaui batas kemanusiaan dan membelakangkan undang-undang.. kepada pemuda-pemuda PR, harap sentiasa berwaspada.. bagan pinang ni kawasan hardcore UMNO.. puak-puak ni akan melakukan apa saja untuk mempertahankannya.. - Hunt, Segambut.

16. Syabas kepada Umno BN kerana membuktikan sebagai sebuah parti yang ganas... ganas yang dihalalkan... saya percaya polis tidak akan bertindak... Kerana polis adalah sebahagian daripada komponen BN... Ingatlah wahai pemimpin BN kematian tidak kena siapa... mereka yang jahat neraka... jawabannya... mereka yang ikhlas dan menolong agama Nya.. Syurga menantimu. - Zuwan.

17. Kalau aku orang BN aku akan cakap PAS dah terdesak sehinggakan membuat tuduhan tampa bukti dan menuduh pemuda UMNO pukul dan menceroboh markas PAS. Tapi aku bukan orang BN aku harap kepada seluruh petugas pakatan Rakyat harus berwaspada kerana UMNO nak sangat menang kerana PRK ke9 di N9 dan pada tahun 09 adalah talian hayat BN 999. - Annuar.

18. Syabas kepada saudara kita ini, beliau sanggup mempertaruhkan nyawa demi agama islam. Harap saudara-saudara disebelah sana (BN) berubah la. Depa lupa ke dalam islam dah ajar orang mempunyai latar belakang kurang menarik tidak boleh diangkat menjadi pemimpin. Asyik dok kata pemimpin PR masuk lokap tapi masih boleh jadi pemimpin. Masalahnya pemimpin PR masuk lokap kerana pejuang nasib rakyat, manakala depa buat jenayah untuk diri sendiri. Rasa-rasanya orang-orang BN ni kena banyak baca buku-buku agama terutama mengenai tamadun islam. - Awin, Penang.

19. hey UMNO be end.....nk berperang mana aci 6-7 lawan 100 org...mau 100 lawan 100...baru hampa tau...takat nk jadi jaguh kampong wat pa...berkokok kat dinding...awat utusan malaysia x lapor perkara nih awal2???takut ka??hampa p bg tau kat azeez, nie baru ganas...takat dok bohong kena tumbuk tuh wat pa...kalu kena tumbok pun azeez, jgn jd mcm darai sngt...kalu jantan tunjuk lah kehebatan...takkan hang tahan muka hang kalu kena tumbuk..x kan x lawan balik kot...mcm mana nk jd pemimpin...lembikkk!!!! kalu ada apa2 tobat hg lari dulu......piiiiiiiiiiii raahhhhhhhhhhhh!!! tengok pemimpin PR, kena katok ngan kayu pun steady lg...Hidup PR....!!!!!!!!! -Anak jantan.

20. Ambil lah kesempatan ini untuk berdoa pada ALLAH dirikan lah solat hajat semoga ALLAH mengampuni mereka dan beri mereka hidayat ke jalan yang benar. -Ramli.

21. ape ne dah habis modal ke UMNO BN sampai nak ceroboh tetak petugas pas.kurang ajar langsung tak de pendidikan moral hilang entah ke mana..Polis mane...yg d tugaskan,duduk diam je... entah2 dah kena rasuah....nampak sangat dah goyah UMNO BN!!! teruskan perjuangan... - muk,sarawak.

22. Oleh kerana berlaku provokasi melampau pada awal pagi 7 Oktober 2009 di Bagan Pinang, adalah dimaklumkan kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS supaya tidak membuat tindak balas melampau. Anda dinasihatkan supaya terus sahaja ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan polis atas kejadian yang berlaku. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang demi menjamin hak anda. - Izo Muiz.

23. Utusan, Berita Harian, TV3, & semua yg sama waktu dgn nya pro UMNO. Jgn harap la diorang nak siar berita ni kat TV. BN dah rasuah awal2 lagik. + takut diorang out off business. Dgn Nama Allah, berilah kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di Malaysia... Aminn. - Awaken Pelajar IPT.

24. Rasanya kalau dipanggil pihak media kepunyaan kerajaan tak guna. Baik dipanggil CNN, BBC, Al-Jazeera, etc untuk buat lapuran lengkap. Biar tercalar imej mereka di mata dunia. - Aragorn. _

0 comments: