Tahniah Tok Guru

Hari ini, Rabu, 21 Oktober 2009 genaplah 19 tahun YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menerajui Kerajaan PAS Kelantan. Kita berasa bangga dengan pencapaian ini dan berharap Kerajaan PAS akan terus kekal memerintah di Negeri Serambi Mekah itu. Semoga kewibawaan dan keikhlasan kepimpinan Tokguru yang berjaya menggalas cabaran memerintah Kelantan di mana pada awalnya penuh dengan mehnah dan tribulasi hasil gangguan, sekatan dan berbagai lagi dari Kerajaan Umno BN sehingga kekal ke hari ini berjaya dapat membuka hati-hati seluruh rakyat di negeri ini amnya, malah di Malaysia khasnya. Mudah-mudahan slogan yang Kerajaan PAS Kelantan iaitu Membangun Bersama Islam benar-benar tersemat di setiap sanubari seluruh lapisan masyarakat. Maka Daulah Islamiyyah dapat kita tegakkan di Bumi Tanah Melayu ini.

Allahu Akbar!!!!

Ikuti berita lanjut mengenainya "Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan"

posted by admin... sumber HarakahDaily.net

0 comments: