petikan dari http://malaysiakini.com
petikan dari http://malaysiakini.com
1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.
3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.
4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?
5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.
6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.
petikan dari http://chedet.co.cc
11 bulan Kerajaan PR memerintah negeri Perak, rakyat negeri Perak sudah mulai mengecapi nikmat kebajikan dan keadilan. Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mulai merasai kelainan dan kelebihan berada di bawah kerajaan PR. Mereka mula sayang kepada MB dan seluruh EXCO. Saya sebagai SETPOL MB sentiasa bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berterus terang kalau PR terus kekal memerintah 5 tahun mengikut tempoh pilihanraya, PRU ke 13, BN tidak akan memperolehi sebarang kerusi. Justeru itu, mereka guna apa sahaja cara untuk merampas kuasa supaya PR tidak boleh terus memerintah bagi meneruskan polisi kebajikan yang memikat hati rakyat.
Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-
1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu
4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.21. Menggunakan bas rasmi SUK dalam lawatan ke Parlimen dan Singapura bagi menggurangkan kos pengangkutan sekiranya menggunakan kereta rasmi kerajaan.
petikan dari http://misabah.blogspot.com/
Seawal perlantikan Hj Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua pertubuhan politik, ngo, belia dan sebagainya. Para pengguna hanya perlu membuat tempahan samada melalui Majlis Daerah, Penghulu atau JKKK. Dalam ucapan menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri bulan November yang lalu, sekali lagi beliau mengulangi bahawa semua premis kerajaan terbuka untuk digunakan oleh parti politik, ngo atau apa sahaja pertubuhan tertakluk dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang bertangungjawab mengurus tadbir premis tersebut. UMNO turut mengambil kesempatan menggunakan premis tersebut tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh kerajaan PR.
Hari ini, Dato' Seri Hj Nizar dalam siri lawatan ke seluruh Parlimen di Perak tidak dibenarkan pula menggunakan premis kerajaan. Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Stadium, Padang dan sebagainya kalau dulu sewaktu PR memerintah, UMNO dibenarkan menggunakan premis-premis tersebut, kali ini PAS tidak boleh menggunakannya. PAS terpaksa menggunakan premis sendiri bagi tujuan menjalankan program-program tersebut.
petikan dari http://misabah.blogspot.com/
Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.
Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Altantuya mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.
Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.
Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib altantuya masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.
Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009.
Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Altantuya, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".
Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.
Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.
Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.
Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).
Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-
1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN
2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN
3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)
4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.
Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-
i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.
ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.
iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.
iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.
vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.
ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.
x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".
Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.
xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.
xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".
Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.
Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.
Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........
Masalah Ghadir adalah bagian dari masalah-masalah yang dengan memikirkannya akan sangat membantu masyarakat Islam terutama rakyat dan negara kita agar tidak kehilangan jalan yang benar. Saya akan mengemukakan dua tiga poin berkaitan masalah Ghadir.
Poin pertama adalah peristiwa Ghadir itu sendiri. Dunia Islam yang sejak zaman Nabi Muhammad saww sudah relatif meluas, telah menyaksikan sebuah peristiwa sangat penting yaitu pengumuman tentang Amirul Mukminin sebagai penerus kepemimpinan setelah Nabi. Peristiwa Ghadir sendiri tidak hanya diriwayatkan oleh kaum Syiah saja, tetapi juga para pakar hadis dan pembesar Sunni telah menukil peristiwa sangat penting ini, tetapi pemahaman mereka tentang masalah ini berbeda. Hanya saja asli peristiwa ini di kalangan kaum muslimin merupakan bagian dari hal-hal yang sudah jelas dan pasti.
Peristiwa pengukuhan pengganti Nabi di akhir-akhir hayat beliau -lebih kurang 70 hari sebelum beliau SAW wafat beliau- pada hakikatnya merupakan indikator penting masalah pemerintahan, politik dan wilayah amr atas kaum muslimin dalam pandangan Islam.
Imam Khomeini sendiri dan para fuqaha besar sebelum beliau sangat menekankan pentingnya masalah persatuan antara agama dan politik serta pentingnya masalah pemerintahan dalam agama. Pandangan itu memiliki akar dalam ajaran Islam dan merupakan salah satu pelajaran besar dari Ghadir. Inilah yang menunjukkan pentingnya masalah pemerintahan. Semua kalangan yang memahami makna ini dari peritiwa Ghadir -yaitu kita, kaum Syiah dan bahkan sebagian besar kalangan non Syiah yang merasakan makna ini atau memahaminya dari peristiwa Ghadir- sudah selayaknya memerhatikan bahwa sepanjang sejarah Islam masalah pemerintahan dan kepemimpinan merupakan sebuah masalah mendasar, penting dan prioritas dalam Islam. Kita tidak bisa bersikap acuh dan tak peduli pada masalah pemerintahan dan kepemimpinan. Pemerintahan Republik Islam -baik dalam Undang-Undang Dasar maupun dalam kebijakan lain Republik Islam- sangat menekankan masalah pengaturan negara Islam dikarenakan adanya akar yang sangat mendasar dalam Islam berkaitan dengan masalah ini. Ini satu poin yang tidak boleh dilupakan.
Poin kedua selain poin pertama, adalah bahwa dalam peristiwa Ghadir, Rasulullah saww telah memperkenalkan Amirul Mukminin, Ali bin Abi Thalib as. Apa saja karakter khusus yang ada pada diri Amirul Mukminin as di zaman itu, sehingga kehidupannya dikenal atas dasar itu? Karakter pertama Amirul Mukminin as adalah selalu mengharapkan keridhaan Ilahi dan selalu bergerak di jalan yang lurus, meskipun harus melewati banyak rintangan, harus berjihad dan berkorban sedemikian rupa. Ini adalah salah satu karakter terpenting Amirul Mukminin as.
Amirul Mukminin as adalah pribadi yang hanya berjalan di jalan Allah tidak pernah mundur selangkah pun sejak zaman kanak-kanak sampai detik-detik syahadah. Beliau tidak pernah ragu dan selalu siap mempertaruhkan seluruh jiwa raganya di jalan Allah. Ketika beliau harus berdakwah, beliau pun berdakwah, ketika harus mengayunkan pedangnya, beliau mengayunkan pedang di dalam barisan pasukan Rasulullah SAW. Beliau tidak pernah takut mati sama sekali. Ketika harus bersabar, beliau pun bersabar. Ketika harus memimpin pemerintahan, beliau pun masuk dalam medan politik. Dan dalam semua era yang berbeda ini, pengorbanan apa saja yang sudah semestinya beliau lakukan dapat disaksikan dengan jelas. Rasulullah SAW telah menempatkan pribadi yang sedemikian rupa itu sebagai pemimpin untuk umat Islam. Ini adalah sebuah pelajaran, sebuah pelajaran bagi umat Islam bukan sekedar catatan sejarah dan kenangan dari beberapa abad yang telah berlalu. Ini menunjukkan bahwa tolok ukur dalam memimpin masyarakat dan umat Islam adalah keimanan, jihad demi keridhaan Allah, pengorbanan dengan jiwa dan harta, pantang lari dari kesusahan dan kesulitan apa pun, jauh dari kecintaan kepada dunia. Puncak semua tolok ukur ini adalah Amirul Mukminin as, indikatornya adalah wujud Amirul Mukminin as. Inilah pelajaran besar dari Ghadir.
Jika kita lihat dunia Islam dan berbagai pemerintahan Islam serta berbagai sistem kenegaraan dan politik di dunia, maka akan terlihat betapa besar perbedaan antara apa yang telah disuguhkan oleh Islam kepada umat manusia dan apa yang merupakan realitas di dunia saat ini. Pukulan terbesar yang dirasakan manusia berasal dari titik ini. Islam menganggap penting manajemen seperti manajemen Amirul Mukminin as demi keselamatan manusia. Tentu saja harus diingat bahwa dalam hal ini Amirul Mukminin as adalah murid dan pengikut Rasulullah SAW. Ketika berbicara tentang kezuhudannya, Amirul Mukminin as berkata: "Di mana letak Kezuhudanku dibanding dengan kezuhudan Rasulullah?!" Dalam masalah jihad, dalam kesabaran dan dalam berbagai hal lainnya, Amirul Mukminin as adalah murid Rasulullah SAW yang paling menonjol dan paling unggul. Beginilah pribadi yang layak. Kita harus menjadikan hal ini sebagai panutan; bukan hanya untuk negara kita saja tetapi juga bagi dunia Islam. Inilah klaim dan harapan kita.
Sosok figur manusia mulia yang tidak mementingkan dunia dengan segala perhiasannya, dan siap berkorban di jalan kebenara ininlah yang dapat menyelamatkan manusia. Pemimpin seperti ini tidak menuruti bisikan hawa nafsunya dan tidak ditundukkan oleh berbagai peristiwa besar kehidupan hanya karena kepentingan rendah pribadi. Maksud kami ketika berulang kali menyampaikan bahwa pesan Islam dan pesan Republik Islam untuk dunia adalah pesan baru, maksudnya adalah ini, dan ini adalah salah satu contoh pentingnya.
Hari ini Anda bisa menyaksikan tingkat kehidupan manusia di dunia, para pemimpin negara, para petinggi politik berbagai negara. Coba Anda lihat siapakah di antara mereka yang bersedia mengorbankan kepentingan pribadi dan kesenangan pribadinya? Siapakah yang siap mengorbankan keuntungan pribadi yang ada dalam genggaman demi maslahat dan kepentingan rakyat dan negaranya? Siapakah di antara mereka yang bersedia bersikap tegas tanpa menimbang kepentingan ini dan itu? Saat ini, salah satu kevakuman yang dirasakan oleh umat manusia adalah ketiadaan pribadi-pribadi mulia yang contoh sempurnanya telah ditunjukkan oleh Islam. Tentu saja mencapai puncak tolok ukur tadi bukanlah pekerjaan semua manusia biasa. Tidak ada manusia yang bisa hidup dan bertindak seperti Amirul Mukminin Ali as; menjadi seperti Amirul Mukminin adalah sebuah impian yang mustahil. Tetapi puncak telah menunjukkan arah kepada kita. Kita harus bergerak menuju puncak, harus berusaha mirip dengannya dan dekat dengannya. Inilah kevakuman yang dirasakan umat manusia saat ini. Inilah satu poin yang ada dalam peristiwa Ghadir. Satu masalah yang harus diperhatikan, bahwa pesan Ghadir kepada dunia adalah pesan tentang model ideal pemerintahan Islami.
Pribadi yang sangat keras saat berhadapan dengan musuh Allah dan tegas menghadapi kerakusan, tetapi ketika berhadapan dengan manusia-manusia mazlum dan lemah ia nampak begitu rendah hati dan sangat penyabar sampai-sampai orang tidak percaya bahwa pribadi ini adalah Amirul Mukminin as. Detik-detik pertama ketika Amirul Mukminin as tiba di Kufah dan rakyat di sana belum mengenal beliau, perilaku, pakaian dan tindak tanduk beliau sedemikian rupa sehingga tidak seorang pun orang di jalanan dan di lorong-lorong pasar yang mengetahui bahwa orang yang sedang berjalan ini adalah Amirul Mukminin as, sang khalifah yang mulia. Beliau sangat tawadhu di hadapan rakyat biasa dan begitu sabar, tetapi sangat tegas dan ksatria dalam menghadapi musuh-musuh Islam dan orang-orang yang zalim. Inilah teladan.
Ada satu poin lagi yang akan kami sampaikan berkaitan masalah Ghadir. Bagi kita kaum Syiah, masalah Ghadir adalah pilar akidah. Kita yakin bahwa setelah Nabi Muhammad saww, imam dan pemimpin yang haq bagi umat Islam adalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as. Ini adalah pilar dan landasan utama akidah Syiah. Tentu saja saudara-saudara kita Ahlussunnah tidak meyakini hal ini karena mereka berpendapat dan berpandangan lain. Indikasi ini memang ada. Tetapi dalam peristiwa Ghadir sebenarnya ada satu poin yang dapat menjadi sarana persatuan umat Islam, yaitu Amirul Mukminin. Tidak ada pertentangan tentang pribadi mulia ini di kalangan muslimin. Semua melihat dan menyaksikan Amirul Mukminin berada di titik tertinggi dimana Amirul Mukminin Ali as harus dilihat dari titik itu -dari sisi ilmu, takwa dan keberanian-. Maksudnya, Amirul Mukminin as adalah titik pertemuan akidah semua umat Islam.
Apa yang harus kita perhatikan hari ini adalah bahwa Syiah telah menjaga akidah ini layaknya jiwa orang terkasih berabad-abad lamanya, meskipun selalu ada permusuhan yang sedikit banyaknya diketahui semua orang. Betapa mereka (para penguasa yang membenci Ahlul Bait as. pent) menzalimi, menekan dan menciptakan suasana yang begitu mencekam, namun Syiah selalu menjaga akidah ini. Fiqih Syiah, Kalam Syiah, Filsafat Syiah, berbagai disiplin keilmuan Syiah, peradaban Syiah, pemikiran-pemikiran tinggi kaum Syiah dan pembesar serta tokoh Syiah selalu bersinar terang sepanjang sejarah Islam. Jadi inilah akidah yang dijaga oleh Syiah. Akan tetapi Anda harus perhatikan bahwa akidah ini jangan sampai menjadi sumber pertentangan dan permusuhan. Selama bertahun-tahun kami selalu mengetengahkan hal ini, dan hari ini juga kami ulang kembali. Kita telah melihat niat musuh, betapa mereka memiliki maksud-maksud buruk dalam menciptakan permusuhan di tengah umat Islam melalui berbagai cara, misalnya dengan mengetengahkan isu Syiah dan Sunni. Musuh adalah musuh Islam, musuh Qur'an, musuh tauhid, bukan hanya musuh satu kelompok tertentu dari Islam. Musuh berusaha menciptakan permusuhan di antara umat Islam. Mereka mengetahui bahwa persatuan umat Islam akan sangat membahayakan dirinya. Musuh melihat bahwa ketika Revolusi Islam di Iran menang, betapa kebesaran dan pancaran revolusi ini telah berhasil menarik hati dunia Islam dan negara-negara Islam, padahal mereka bukan Syiah. Jutaan saudara Muslim Sunni kita di negara-negara Arab, di negara-negara Afrika, di negara-negara Asia tertarik kepada Revolusi Islam. Di sisi inilah musuh terpukul, musuh terpukul karena persatuan Islam dan perhatian berbagai bangsa Muslim kepada Republik Islam. Musuh ingin menghilangkan ketertarikan ini, bagaimana caranya? Dengan menciptakan permusuhan antara Syiah dan Sunni.
Saat ini, salah satu elemen utama politik penjajah di kawasan kita -selain menebar permusuhan lainnya- adalah berusaha membuat para penguasa negara-negara Arab berhadapan dengan negara Iran, dalam banyak hal, dalam masalah energi nuklir atau selainnya, dalam berbagai masalah berbeda. Mereka membuat pertemuan, berunding, bermuamalah dan menciptakan skenario. Kepada sebagian negara-negara Islam, Amerika menuntut, peran apa yang siap Anda lakukan dalam menghadapi Iran? Musuh berusaha menciptakan permusuhan. Pekerjaan yang bisa dilakukan oleh musuh di arena politik adalah memaksa para pemimpin berbagai negara untuk berhadap-hadapan dengan Republik Islam, mereka tidak bisa berbuat lebih dari ini. Musuh tidak bisa mengalihkan hati rakyat negara-negara Arab, hati rakyat negara-negara Islam, hati rakyat Palestina, hati rakyat Irak dari kecintaan kepada Republik Islam Iran.
Mereka-mereka yang ingin menarik semua dunia Islam pada kecintaan Ahlul Bait dan wilayah Ahlul Bait harus tahu bahwa tidak akan ada orang yang bisa menjadi Syiah dan mengakui kepemimpina atau wilayah Ahlul Bait lewat permusuhan, penghinaan dan kebencian. Menciptakan pertentangan hanya akan menimbulkan kebencian, perpecahan dan permusuhan. Kebencian, permusuhan dan perpecahan inilah yang diinginkan Amerika dan Zionis dan memang inilah yang sedang mereka usahakan. Di sebuah negara Eropa non Muslim (Inggris.pent) yang merupakan musuh bersejarah bangsa kita dan musuh bagi negara-negara Islam, Anda bisa menyaksikan adanya program televisi yang mengangkat isu Syiah dan Sunni. Mereka mengundang satu orang Syiah dan satu orang yang mewakili Sunni untuk berdebat dalam acara televisi. Apa maksud mereka sebenarnya? Dengan maksud apa sebuah negara Kristen, sebuah negara penjajah dengan rapor kinerja yang sangat buruk menyelenggarakan debat Syiah dan Sunni? Apakah ingin mengungkapkan kebenaran? Apakah mereka ingin agar para pemirsa dan audiens mengetahui hakikat kebenaran lewat pembahasan dan debat ini? Yang mereka ingin tak lain adalah memperbesar api perpecahan lewat debat ini dan lewat apa-apa yang yang mungkin saja terucap dalam dialog ini. Mereka ingin menyiram minyak ke dalam api ini. Hal ini harus membuat kita mawas diri. Kita harus waspada. Syiah memiliki logika yang kuat, argumentasi teologi dan kalam Syiah dan ulama Syiah tentang pembahasan kesyiahan adalah argumentasi yang kokoh. Tapi ini tidak ada hubungannya dengan sikap orang yang berbicara di tengah masyarakat Syiah dengan kata-kata dan hinaan terhadap Sunni serta menciptakan permusuhan dengan orang yang tak sependapat dengan mereka. Kami punya informasi, dan tahu persisi bahkan sejak dahulu informasi ini saya dapatkan, bahwa ada aliran dana yang dikucurkan agar yang ini menulis buku hinaan dan tuduhan menentang yang itu, dan yang itu menulis buku hinaan dan tuduhan menentang yang ini. Yang memberikan dana adalah kantor yang sama. Dana dua buku dan biaya penerbitan kedua buku berasal dari satu saku. Apakah ini bukan sebuah peringatan? Semua pihak harus memperhatikan masalah ini.
Dengan berkah wilayah kepemimpinan Amirul Mukminin Ali as, dengan nama mulia beliau dan dengan mengharapkan bantuan dari ruh mulia Amirul Mukminin, hari ini saya katakan agar menjadi sebuah penegasan atas apa yang telah ditegaskan Imam Khomeini selama ini, juga apa yang telah saya sampaikan, bahwa semua harus tahu bahwa jangan sampai ada orang di satu tempat beranggapan bahwa dia sedang membela Syiah dengan cara menyulut permusuhan dengan pihak lain. Ini bukan membela Syiah, bukan membela wilayah. Jika Anda ingin tahu fakta yang sebenarnya, tindakan itu hanya membantu kepentingan Amerika, membela Zionis. Berargumentasi yang logis tidak ada masalah. Mereka bisa menulis buku dan mengajukan dalil. Para ulama kita telah menulis buku sedemikian rupa, hari juga menulis dan tetap akan menulis. Dalam bidang furu', ushul dan berbagai masalah lainnya kita memiliki pendapat Syiah yang independen, siaja saja bisa mengemukakannya. Hal-hal yang tidak sama dengan pendapat kita bisa ditolak dengan argumentasi yang logis. Langkah seperti itu tidak sama dengan menghujat, mencaci dan menciptakan permusuhan. Kita harus memperhatikan hal ini.
Ya Allah! Demi Muhammad dan keluarganya, sadarkanlah hati-hati kami, jangan pisahkan kami dari Amirul Mukminin. Karuniakan kesabaran, mujahadah dan keikhlasan beliau di tengah umat Islam dan di tengah-tengah kami. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan wilayah Amirul Mukminin dan wafatkanlah kami dengan wilayah Amirul Mukminin. Jadikanlah hati Imam Zaman ridha dan senang kepada kami.
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ibu Ku Kembali Ke Rahmatullah
DariNya kita datang kepadaNya kita kembali.
petikan dari http://arisawang.blogspot.com/
Masalah pertama pada hari persidangan dewan undangan negeri yang bakal menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru dinobatkan akan berdepan dengan satu masalah besar :
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih lagi ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar.
Sekalipun jumlah ADUN BN pada masa itu ialah 28 mengatasi 1 kerusi ADUN Pakatan Rakyat yang tinggal 27 (tak termasuk 1 kerusi Speaker), namun jawatan Speaker tidak boleh dilucutkan sekalipun dengan usul undi tidak percaya.
Demikian kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim yang juga seorang peguam. Jawatan Speaker akan hanya menjadi kosong apabila Siva meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.
Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah “meletakkan jawatannya” dari menghadiri persidangan, dan ia pastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.
Sebagai Speaker Negeri sebelum ini, Sivakumar telah mengisytiharkan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Osman Jailu dan Jelapang Hee Yit Foong telah mengosongkan kerusinya selepas beliau menerima surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.
Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira “badan perundangan yang tergantung” kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.
Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, Menteri Besar kerajaan BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiada pilihan lain selain memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan pihak Istana untuk satu pilihanraya baru bagi negeri Perak.
Namun dengan sentimen rakyat Perak yang kini jelas menolak BN, mereka pasti cuba mengelakkan pilihanraya diadakan dengan apa cara sekalipun.
“Saya percaya mereka terpaksa memilih untuk mengekalkan Sivakumar,” tambah Teng.
Namun Speaker pula mempunyai bidangkuasa yang luas di dalam dewan dan kehadiran Sivakumar sepastinya menjadi duri yang memeritkan untuk kerajaan haram BN dan Zambry selaku Menteri Besarnya.
“Sesuatu keputusan Speaker terhadap sesuatu Arahan Tetap tidak boleh dicabar kecuali dengan jalan mengemukakan satu usul (yang terpaksa melalui satu proses yang panjang termasuklah perbahasan di dewan berkenaan).” - Greenboc (link)
petikan dari http://perakdaily.com
Senario yang memalukan semakin terserlah di Perak.Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.
Menurut Perlembagaan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:
Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.
Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.
Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.
Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.
Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.
Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.
Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.
Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.
_________________________________ Diterjemah secara bebas oleh Muhammad Nor Abdul Samad daripada razaleigh.com _
petikan dari www.harakahDaily.net
Kehadiran tetamu ini disambut ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir bin Mustaffa, Pengarah PKWR, Tuan Haji Aris Awang, Bendahari PKWR, Sdr. Abd. Aziz Ishak, Sdr Razak Ramli (lebih dikenali dengan Razak Sentu), Abg. Akhashah seorang dermawan dan Sdr. Shukri Omar, AJK PKWR.
Pertemuan ini sedikit sebanyak memberi faedah yang bermakna kepada kedua-dua tokoh muda ini berkongsi maklumat mengenai program, aktiviti dan pendekatan memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing. YB Taufek satu-satunya ADUN PAS di DUN Negeri Sembilan setelah beliau memenangi kerusi N25 Paroi pada pilihanraya umum lalu mengalahkan calon BN Datuk Zaharudin Mohd. Shariff dengan majoriti 1,104 undi.
Terdahulu, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan hadir pada mesyuarat bulanan exco DPP Pusat yang diadakan pada sebelah paginya di Bilik Mesyuarat Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah.
Terima Kasih kami kepada YB Taufek serta rombongan atas kesudian menziarahi kami. Lain ketika jumpa lagi. Selamat Berjuang!!!
SOKONGAN MORAL: Kelihatan YB Nasir, Pak Teh Aris, YB Cikgu Ya serta rombongan sedang mendengar perkembangan terkini kemelut politik Perak. YB Nasir serta rombongan antara kumpulan yang awal tiba di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh pada hari Khamis, 05 Februari 2009 lalu sejurus selepas Solat Hajat Mempertahankan Kerajaan Negeri yang diadakan di situ.
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.