Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."(Al-Ahzab: 56)


Sekalung Tahniah di ucapkan kepada Republik Islam Iran kerana berjaya kekal sebagai sebuah pemerintahan Islam bermula 1 Februari 1979 sehingga sekarang 1 Februari 2009 (30 tahun) sejak Imam Khomeini menjejakkan kakinya semula ke bumi Iran pada 1 Februari 1979 setelah diusir selama 15 tahun ke Iraq dan Peranchis.

Di doakan semoga semoga Iran akan berkembang menjadi kuasa besar dunia yang seterusnya mengembalikan sistem khalifah Islam di atas muka bumi Allah ini, hasil ijtihad berani yang dilakukan oleh Imam Khomeini seperti yang dijelaskan oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi di dalam kuliahnya Mazhab Akidah Dunia Islam yang antara lain menjelaskan:-

Petikan 1 - "Sehinggalah imam Khomeini di Iran melakukan revolusi Iran, melakukan ijtihad, mengubah ijtihad mengatakan jihad ada walaupun tidak ada imam, ini telah membawa pendekatan yang mendekati Ahli Sunnah Wal Jamaah, dia membatalkan pendapat imamiah yang dulu dengan mengatakan jihad itu ada, kita kena lawan dengan Israel, kena lawan dengan Amerika, lawan dengan kuasa besar, dan kena sembahyang Jumaat dan dia mengarahkan pengikut Imamiah sembahyang di Masjidil Haram, berimamkan dengan Imam Masjidil Haram, sembahyang jamaah sekali dengan orang ramai. Ini satu perubahan yang dibuat oleh Khomeini berlainan dengan pandangan Imamiah dulu, Inilah keistimewaan yang ada dalam mazhab mereka iaitu dibuka pintu ijtihad, jadi ulamak-ulamak boleh berijtihad. Khomeini dengan berani melakukan perubahan dengan berijtihad supaya berjihad menentang kerajaan Shah yang tunduk kepada Amerika dan menubuhkan kerajaan Islam dengan beliau menulis buku Al-Hukumah Al-Islamiyyah, cuma ada pandangan yang salah, ada juga pandangan yang salah, salah ijtihad dia, diantaranya ia mengatakan bahawa, Imam-imam Ahlul Baiyt adalah maksum, dia berdalilkan hadis Nabi, "Ulamak aku adalah sama dengan para anbiyaa Bani Israel". Ini hujah dia. Ijtihad ini tidak betul dan kita tidak boleh pakai ijtihad ini. Tetapi dia telah membuat satu tajdid satu perubahan, iaitulah membuka pintu jihad, kerana hadis Rasulullah saw mengatakan "Jihad itu berterusan sehingga hari kiamat". Jangan ada orang pandai-pandai menutup pintu Jihad kerana nabi mengatakan jihad berterusan sehingga hari kiamat. Jika ada tok lebai-tok lebai tak mahu berjihad, hendak duduk saja itu sudah menganut ajaran salah, bercanggah dengan hadis kerana hadis mengatakan berjihad terbuka hingga hari kiamat. Jihad ini bermula dari kita melawan hawa nafsu kita sehinggalah melawan pemerintah yang zalim, yang menyeleweng dari hukum Islam, kita kena lawan dengan lidah, dengan tulisan dan dengan apa sahaja nikmat yang diberikan oleh Allah swt.


Jadi Khomeini telah membuat satu perubahan di dalam mazhab dia bahawa jihad hendaklah diteruskan. Sembahyang Jumaat diadakan semula, maka ditiap-tiap daerah di Iran dilantik Imam Jumaat, dan Imam Jumaat ini pangkatnya lebih besar dari Gabenor Daerah setelah dia menubuhkan kerajaan Islam, ini satu keistimewaan yang ada kepada dia, kita disini tok imam tiada kuasa pemerintahan, di Iran imam Jumaat lebih kuasa daripada D.O. peringkat Daerah (kita) dan lebih kuasa daripada Gebenor kalau diperingkat negeri (kita). Inilah perubahan yang dibuat oleh Khomeini, kalau nak ikut dia ikutlah dalam bab ini. Imam bukan sahaja memimpin sembahyang tetapi memimpin umat, ini dia (Khomeini) mengembalikan kepada hukumah Islamiyyah yang dikenali dalam mazhab syiah Wilayatul Faqeh (Penguasaan mereka yang faqeh dan faham tentang agama)."


Petikan 2 - "Imam Khomeini mengarahkan sembahyang Jumaat semula, Dan Khomeini telah dituduh untuk menSunnikan, penganut Syiah, ulamak syiah dia pun marah kepada Khomeini kerana ikut Ahli Sunnah dah, ini satu pertarungan yang berlaku dikalangan mereka sendiri, menunjukkan mereka sudah ada perubahan sedikit sebanyak."


Dan hari ini telah ditubuhkan Majmak Taqrir ialah satu badan yang ditubuhkan untuk mendekatkan Sunni dan Syiah, mereka panggil ulamak dari Iran dan ulamak daripada dunia Islam berada dalam Majmak Taqrir kearah mendekatkan Sunni dan Syiah, iaitu Syiah yang Islam, cuma mereka khilaf dengan kita dalam masalah tertentu sahaja, walaupun dianggap salah mereka tetap daripada orang Islam, mereka adalah orang Islam saudara kita orang Islam jugak , terutamanya hari ini kita melihat Iran menyokong rakyat Palestin lebih daripada negeri Islam yang mengaku Ahli Sunnah, bukan Ahli Sunnah dah Ahli Punah dah , dan Hizbullah di Lubnan berperang dengan Israel kerana menyelamatkan orang Palestin yang diinanya sedangkan kerajaan Arab yang mengaku Ahli Sunnah berbaik dengan Amerika, berbaik dengan musuh Islam. Oleh kerana itu wajar kita menyatukan semula umat Islam dan hari ini Amerika telah melagakan Sunni dan Syiah di Iraq, berlaku peperangan sesama sendiri setelah Amerika masuk, sedang sebelum ini orang Sunni dan Syiah di Iraq bersatu dan berkahwin diantara satu sama lain, orang Sunni kawin dengan orang Syiah, orang Syiah mengaji dengan ulamak Sunni, orang Sunni mengaji dengan ulamak Syiah buka kitab Ihtisaduna yang dikarang oleh Baqir As- Sodr ayah kepada Muktada As-Sodr yang ada hari ini, adalah kitab ekonomi Islam yang dianggap hebat dan dijadikan rujukan ulamak Ahli Sunnah bukan sahaja ulamak Syiah. Ini menunjukkan pengakuan. Tiba-tiba Amerika masuk jadi perang antara Sunni dan Syiah, kerana mereka membekalkan senjata kepada orang Sunni yang bodoh dan kepada orang Syiah yang bodoh. Amerika yangv membekalkan senjata dan disana ada agen Israel yang bertugas di bawah tentera Amerika untuk membekalkan senjata kepada orang awam Sunni dan Syiah supaya mereka berperang, dan ini yang berlaku hari ini di Iraq. Sepatutnya Sunni dan Syiah hendaklah bersatu menentang musuh bersama Amerika, Yahudi dan lain-lain lagi."

Untuk mendengar kuliah lengkap mengenai Mazhab Imamiah oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sila klik di SINI (ada petikan 1) dan di SINI (ada petikan 2)

Pemuda dan pemudiku, semoga usaha pihak kuffar antarabangsa untuk memecah-belahkan umat Islam dengan mengapi-apikan perbezaan Mazhab akan dapat dihapuskan dan akhirnya kita pemuda pemudi Islam akan kembali bangun bersama Islam dan mati bersama Islam, sehingga akhirnya Khilafah Islam kembali tertegak dibumi Allah ini. Ya... Rabb... Berikanlah kami Petunjuk dan Hidayah Mu


Ya... Rabb... Berikanlah kami Petunjuk dan Hidayah Mu



petikan dari Aris Awang

0 comments: