Seawal perlantikan Hj Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua pertubuhan politik, ngo, belia dan sebagainya. Para pengguna hanya perlu membuat tempahan samada melalui Majlis Daerah, Penghulu atau JKKK. Dalam ucapan menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri bulan November yang lalu, sekali lagi beliau mengulangi bahawa semua premis kerajaan terbuka untuk digunakan oleh parti politik, ngo atau apa sahaja pertubuhan tertakluk dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang bertangungjawab mengurus tadbir premis tersebut. UMNO turut mengambil kesempatan menggunakan premis tersebut tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh kerajaan PR.

Hari ini, Dato' Seri Hj Nizar dalam siri lawatan ke seluruh Parlimen di Perak tidak dibenarkan pula menggunakan premis kerajaan. Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Stadium, Padang dan sebagainya kalau dulu sewaktu PR memerintah, UMNO dibenarkan menggunakan premis-premis tersebut, kali ini PAS tidak boleh menggunakannya. PAS terpaksa menggunakan premis sendiri bagi tujuan menjalankan program-program tersebut.

petikan dari http://misabah.blogspot.com/

4 comments:

mn said...

1. Bagus juga halang pemimpin PAS guna dewan untuk bagi ceramah.

2. Sebab nanti kalau CCTV rakam "Kopiah Bergerak"(suruh rakyat masukkan duit dalam kopiah)...akan jadi isu besar pula.

3. Pemimpin PAS kena guna ladang getah untuk bagi ceramah, senang nak sangkut jubah ka...nak sangkut serban ka...nak sangkut plastik duit ka. HAHA..

Anonymous said...

Mengapa ada ramai orang Melayu yang masih mahu menyokong UMNO walaupun sudah jelas UMNO hanya mementingkan diri sendiri dan bukan orang Melayu atau rakyat Malaysia?

Apakah pandangan saudara?

Anonymous said...

Kalau dah jahanam tu, jahanam juga namanya.
Itulah....sekarang PAS hendaklah hati sikit.
Lain kali jangan sesekali pemimpin PAS pandai2 nak bermuzakarah atau berbaik semula dengan pihak munafik Umno ni atas nama perpaduan orang Melayu! Kononnya lah.
Tanpa kita sedari mereka patuk kite dari belakang macam di Perak tu!
Cakap Tok Guru tu ada kebenarannya. Jadi jangan pemimpin bawahan atau penyokong PAS pandai tunjuk lagak nak berbaik semula dengan pihak UMNO tu.

Anonymous said...

Sebagai seorang Cina yang berpendidikan barat saya amat kagumi YAB Nizar Jamaluddin. YAB telah membuktikan bahawa PAS boleh memerintah sebuah negeri berbilang kaum seperti Perak secara adil. Mulai hari ini saya akan cuba sedaya upaya untunk menyakinkan saudara-mara dan kawan-kawan saya bahawa PAS sememangnya boleh berkerjasama dengan DAP untuk memerintah secara adil. Semoga Allah memberi kekuatan kepada YAB dan DAP untuk meneruskan perjuangan mereka yang suci ini.