14 Februari 2009: AHLI Dewan Undangan Negeri Paroi, Negeri Sembilan, YB Tuan Haji Mohamad Taufek bin Abd. Ghani telah sudi melawat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kubang Rotan petang kelmarin. Beliau yang hadir ditemani Ustaz Kamarudin bin Hj. Sidek, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Sdr. Mohd Lutfi bin Kasbin dan seorang rakan lebih mesra dengan nama ‘Din’ berasal dari Hutan Kampong kini dah jadi orang Negeri Sembilan.
Kehadiran tetamu ini disambut ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir bin Mustaffa, Pengarah PKWR, Tuan Haji Aris Awang, Bendahari PKWR, Sdr. Abd. Aziz Ishak, Sdr Razak Ramli (lebih dikenali dengan Razak Sentu), Abg. Akhashah seorang dermawan dan Sdr. Shukri Omar, AJK PKWR.
Pertemuan ini sedikit sebanyak memberi faedah yang bermakna kepada kedua-dua tokoh muda ini berkongsi maklumat mengenai program, aktiviti dan pendekatan memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing. YB Taufek satu-satunya ADUN PAS di DUN Negeri Sembilan setelah beliau memenangi kerusi N25 Paroi pada pilihanraya umum lalu mengalahkan calon BN Datuk Zaharudin Mohd. Shariff dengan majoriti 1,104 undi.
Terdahulu, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan hadir pada mesyuarat bulanan exco DPP Pusat yang diadakan pada sebelah paginya di Bilik Mesyuarat Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah.
Terima Kasih kami kepada YB Taufek serta rombongan atas kesudian menziarahi kami. Lain ketika jumpa lagi. Selamat Berjuang!!!

Posted by admin
0 comments:
Post a Comment