Aktiviti ADUN Kbg Rotan

TERIMA KASIH: YB Nasir sedang menyerahkan sumbangan kepada pemuda di Kg. Telok Kechai. Turut disumbangkan ialah jersi dan bola.

BERAPA HARGA: Mungkin itulah yang ditanya YB Nasir. Kelihatan beliau bersama YB Dato’ Haji Taulan dan YB Lee Guan Aik melawat gerai yang menyertai pasar malam tersebut sejurus selepas perasmian.



APA KHABAR: YB Nasir berbual dengan sahabat lamanya Chee Long Sin yang lebih mesra dengan Along di Pasar Malam Simpang Kuala. Mereka berkawan sejak 21 tahun lalu dan amat rapat serta mesra di antara kedua-dua keluarga mereka. Syabas…


SIDANG AKHBAR: Para Wartawan memberi tumpuan pada sidang tersebut mengenai jawapan yang diberikan dari ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir pada malam pelancaran Pasar Malam Simpang Kuala 02 Januari 2009 lalu.


SIMPATI: Ah Tong, Peniaga Fishball di Pasar Borong Mergong kelihatan sedang menyampaikan sumbangan untuk Palestine sebanyak RM1,000 melalui YB Nasir.


ALIH: Jentera turut digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan pada majlis gotong royong yang dianjurkan bersama PKWR Kubang Rotan, MKK DUN Kubang Rotan, MBAS yang diadakan di Taman Kota Nelayan


CUCI LONGKANG: YB Nasir bersama beberapa orang ahli MBAS yang turut serta dalam gotong royong di Taman Kota Nelayan, Seberang Kota Kuala Kedah 15 Februari lalu.
Posted by:admin


1 comments:

Anonymous said...

salamullah...
Alhamdulilah kita punya seorang pemimpin yang berjiwa rakyat..teruskan perjuangan ini...
wassalam...