YB Mohd Nasir Mustafa
ADUN Kubang Rotan

ALOR SETAR - 20 Jan : Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) telah menubuhkan Majlis Menteri Besar / Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama.

Mesyuarat Majlis MB/KM bakal diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB En. Lim Guan Eng.

ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustaffa juga diminta untuk berkongsi pendapat mengenai "Pengistiharan Seri Mentaloon" ini sebagai berkata, “Pakatan Rakyat kini sudah mula melangkah ke satu fasa yang benar-benar dilihat mantap dan berupaya menggerakkan kerajaan di lima negeri ini”

Mohd Nasir berharap agar PR akan segera membuahkan hasil yang positif bagi menjadikannya kerajaan yang adil, berkebajikan dan amanah.

Kejayaan "Pengistiharan Seri Mentaloon" ini bermakna satu pakatan yang kuat telah dicapai untuk sama-sama dapat deliver dengan berkesan. Ini bukan sahaja dilihat mantap tetapi pengisytiharan ini tepat pada masanya bukan sahaja kepada parti-parti dalam PR malah kejayaan yang disuarakan dari rakyat seluruhnya setelah kemenangan hattrik yang dicipta.

“Kemenangan Hattrik ini telah dicapai Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 lalu, PRK Permatang Pauh dan terbaru di Kuala Terengganu,” tambah beliau lagi.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen PAS Kedah pada PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu lalu berharap supaya penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR.

InsyaAllah, jalan ke Putrajaya sudah semakin hampir, momentum ini pasti akan dapat dikekalkan hingga ke PRU 13, ujarnya cukup optimis.
Posted by admin

0 comments: