Kubang Rotan - Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN), Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kesal dengan dakwaan UMNO Bahagian Kuala Kedah yang menyatakan kerajaan negeri mengabaikan mangsa kebakaran di sini.

Mohd Nasir berkata, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah melulu dan tidak berasas selain untuk meraih publisiti murahan daripada masyarakat sekitar.

Menurutnya, dakwaan ini berunsurkan politik semata-mata kerana sebelum ini mereka bersama-sama dengan Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) membantu mangsa-mangsa kebakaran sejak 21 Disember lalu.

"Tidak timbul soal mengatakan kerajaan negeri membiarkan mereka (mangsa kebakaran) kerana sebaik sahaja mereka ditimpa musibah berkenaan kerajaan negeri tidak putus-putus membantu dan menguruskan penempatan mereka sehingga kini.

Ini menunjukkan kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka dan komited dengan menguruskan segala kemudahan dan penempatan rumah sementara yang bakal diberikan kepada mangsa kebakaran tidak lama lagi," katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin.

Ketika ditanya apakah yang menyebabkan hingga kini mangsa-mangsa kebarakan masih lagi tidak berpindah ke rumah penempatan sementara di Mergong Alor Star, Nasir berkata kelewatan berkenaan disebabkan berberapa kekangan salah satunya disebabkan citi umum.

Kerajaan negeri perlu menguruskan perpindahan berkenaan dengan mengikut prosedur yang betul dan melibatkan beberapa pihak dan perlu berurusan secara rasmi disamping itu beberapa hari ini kita melalui cuti umum sekali gus menyebankan kelewatan proses perpindahan.

"Mangsa-mangsa kebakaran tidak perlu khuatir kerana kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka malah sentiasa memikirkan yang terbaik untuk rakyatnya apatah lagi dengan keadaan mereka yang ditimpa musibah ini,"katanya.

Sementara itu, Nasir berkata kepada pihak-pihak yang cuba menggunakan isu ini demi kepentingan politik diharapkan bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa kebakaran tersebut kerana ada baiknya bersama-sama membantu bukan menangguk di air keruh' dengan keadaan tersebut.

UMNO bahagian Kuala Kedah tidak perlu menggunakan isu ini untuk kepentingan politik tetapi bersama-sama membantu mereka atas dasar kemanusiaan kerana dengan keadaan mereka yang ditimpa musibah ini seharusnya memberi semangat dan dorongan kepada mereka bukannya menggunakan mereka," katanya.

Posted by Emylia Lot, Sinar Harian

0 comments: