Kubang Rotan - Ibu bapa dan pelajar Sekolah Kebangsaan Dato' Shaari di sini, bersyukur kerana sekolah itu kini mempunyai tempat parkir kenderaan yang baru siap dibina di tepi pagar sekolah.
Sebelum itu ibu bapa terpaksa berasak-asak dibahu jalan yang sempit untuk menghantar anak mereka ke sekolah, dan keadaan ini menggangu lalu lintas.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sayadid Shafie berkata, cadangan membina tempat parkir itu adalah untuk keselesaan pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak mereka setiap hari.
"Ibu bapa tiada tempat menghantar dan menunggu anak mereka, ini menyebabkan jalan sesak dan membahayakan."
"Apabila sudah ada parkir yang selesa, secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan di kawasan sekolah ini, dan juga melancarkan lalu lintas," katanya.
Sebelum ini katanya, pihak sekolah telah membeli beberapa kon keselamatan untuk diletak di jalan raya berhadapan sekolah sebagai memberi amaran kepada pemandu untuk mengurangkan kelajuan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang meninjau tempat parkir kenderaan itu memanjatkan kesyukuran kerana masalah ini dapat diatasi dengan pantas.
"Sudah lama sekolah ini berdepan dengan masalah tempat pakir. Saya berharap dengan adanya tempat parkir baru dikiri dan kanan sekolah ini sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada ibu bapa dan pelajar, dan tiada lagi kesesakan,"katanya.
petikan dari SinarHarian, Isnin 9 Januari 2009

0 comments: